Friday, 28 September 2012


KEDIAMAN YUNA DAN RAKAN
            “Yuna, puasa dah dekat ni…dah sedia ke?”Aina bertanya tiba-tiba.Keningnya
diangkat sebelah, memandang Yuna yang sedang asyik menyapu ruang tamu kediaman
 mereka.Kerjanya menyapu dapur sudah selesai,huish!!!penat sungguh…Yelah,kemas rumah
 cuma sebulan sekali mana taknya habuk melekat di sana sini…memang rajin sungguh
mereka.Hmm..
            “Apa yang sedianya?”Yuna buat muka blur, kenape tetiba tanya macam tu?Tak
pernah-pernah dia tanya,buang tebiat ke apa?
“Yelah, nikan first time kite akan berpuasa kat negara orang.Tak rasa lain ke?”Yuna
jadi makin pelik,Eh?Budak ni salah makan ubat ke?Kenapa bunyi dah macam ustaz-
ustaz kat kampung dulu ni?Scary…
            “Kenape tetiba Tanya camtu?Tak pernah soalan sepesis camtu keluar dari mulut kau
aku rasa…”Yuna meletakkan penyapunya di sudut penjuru.Fuh…akhirnya.Usai menyapu,dia
segera ke dapur mengambil plastic hitam untuk memasukkan sampah yang bertimbun
itu.Mahu meletakkannya di luar rumah agar diambil pekerja bertanggungjawab.
            “No,just tanya je…”
            “Memanglah lain,kau nak aku sebut satu-satu ke?Ehmm…Kalau kat sini,masa
sahur,buka dah tak sama macam Malaysia.No bazaar Ramadan..huhu.Jarang dapat solat
tarawih berjamaah.Apa lagi?Ehmm..berjauhan dengan family,dah takde aktiviti-aktiviti
redah hutan cari buluh nak dibuat lemang.Buat ketupat apatah lagi…takde dah daun kelapa
melainkan mapel semata..waa..”Yuna buat muka kasihan habisan.saja nak menakutkan Aina.
            “Huisyh,dramatik betullah jawapan kau,menyesal aku tanya...”Aina berdiri dan
menuju ke arah dapur.Yuna tersenyum sendiri.
            “Dah kau tanya soalan sepesis macamtu aku jawab ajelah…”Selamba dia
menyambung.Suasana sepi seketika.Tibaa-tiba saja dia teringatkan opahnya di kampung,satu-
satunya keluarga yang dia ada setelah dia kehilangan ibu bapa dan adik-adiknya akibat satu
kemalangan 10 tahun yang lalu.Sayu pula apabila mengenangkan opahnya yang berseorangan
di kampung bersama-sama haiwan belaannya.Aina ni memang buat aku jadi sentimentallah
hari ni…
            “Kau homesick tak kat family kau?”Tiba-tiba soalan itu lancar je keluar dari
mulutnya.Heisyh!apa jenis soalan ni,Yuna?Dia bermonolog..
            “Tipulah kalau aku tak homesick,weh..Apasal kau tanya?Kau tengah homesick ke
sekarang?”Suara Aina bergema dari dapur.
            “Opah aku,semalam kitorang skype..rindulah ngan opah,rasa macam nak lari terus
balik Malaysia je sekarang..”Selesai memasukkan sampah ke dalam plastik hitam itu,dia
segera menuju ke pintu masuk untuk mengeluarkan timbunan sampah-sampah mereka
itu.Namun,sebelum sempat dia melangkah keluar,Aina menjawab,
            “Huisyh!Opah kau skype?Moden betul!”Aina menuju ku luar semula,memandang
Yuna yang mahu membuang sampah ke luar.
            “Heh!Tengoklah cucu dia…hehe”Perasaan bangga bercampur takabur dan riak mula
menguasai diri.Aina hanya menjulingkan mata.Dah mulalah tu…
            “Tapikan Yuna,cakap pasal homesick ni,kau tau tak ada student Malaysia yang dah
fly balik tau..”Aina mendaratkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu
mereka.Huh..selesa sungguh..
            Huh! What? Gila ke apa? Dahla tak cuti lagi..memang tempah mautlah beliau itu..riak
terkejut Yuna jelas kelihatan.Belum sempat Yuna bertanya.Aina terus menyambung kata-
katanya,
            “I means dia dah berhenti dari sini.Sambung kat Malaysia je..”
            “Siapakah beliau itu?”Terkeluar terus bahasa bakunya,memang tepat sekali dari sudut
Tatabahasa.
            “Aku tak taulah kalau berita ni menghappykan kau tapi kau jangan terkejut pulak
kalau aku beritahu…”Wajah Yuna diamatinya dalam,ternyata masih tak dapat mencari
makna di sebalik kata-katanya itu.Aina tersenyum kecil.
            “Siapa?Cakaplah terus-terang,bikin gue suspen je…”Yuna makin tak tahan dengan
sikap Aina itu,Cheh!Nak main-mainkan akulah tu…
            “Aiman Arif…mamat yang selalu kacau kau tu…”
            Huh!Apa?!

No comments:

Post a Comment