“Waaa!!!I’m
free!!! Bestnya ya Allah,takde lagi pengacau hidup tu lagi…”Yuna
masih lagi tersenyum,masih tidak menyangka
bahawa musuh ketatnya itu telah berhenti dari
menyambung pengajian di universiti
itu.Bukan dia suka akan kesusahan orang lain tapi
kepergian lelaki itu benar-benar melegakan
hatinya.
“Wei…sudah-sudahlah
tu,malu orang tengok tau…”Aina menepuk dahi.Melihat
kepada reaksi sahabatnya itu,dia benar-benar tidak
menyangka bahawa berita yang
dibawakannya semalam bagaikan menjadi satu rahmat buat
Yuna.Alahai…
“Aina,nah!”Sekeping
tiket diletakkan ke atas tapak tangan rakannya itu.Aina
terpinga-pinga.Apahal pulak ni?Muka
dikerutkan tanda tidak faham.Yuna hanya
tersenyum,jelas benar dia terlalu gembira
pada hari itu..hari yang cukup indah padanya
selama dia menjajakkan kaki ke bumi Korea
itu.
“Tiket
konsert sempena Tahun Melawat Korea tulah,kan kau nak pergi
sesangat..ambiklah..”Yuna tersenyum ceria.Budak ni
biar benar,gembira sangat ke sampai
nak belikan tiket konsert kat aku?
“Kau
biar betul..kau belikan untuk aku ke?”Aina pelik.Matanya dicerunkan kepada
Yuna.Memang betul-betul over exitedlah kawan aku ni…
“Siapa
kata aku belikan untuk kau?Aku tak cakap pun…”Selamba Yuna berkata.Dia
berjalan membelakangi Aina.Pemandangan di
sekitar kampus nampak tenang.Hari ini
barulah dia terasa boleh bernafas
sedikit,semua kelas ditunda,menambahkan lagi
kegembiraannya.Sebab itu dia santai saja
melepak di bawah pohon mapel yang masih hijau
daunnya itu.
Musim luruh dan musim sejuk dah berakhir…musim
yang paling digemarinya dah
berakhir,,kena tunggu tahun depanlah
ni…Bibir dimuncungkan.Kecewa…Sejujurnya
dia paling suka melihat daun-daun mapel
berguguran.Cantik.Sungguh.Dia tersenyum
sendiri.Tidak menyedari tingkahnya
diperhatikan Aina.
“Woi,makcik!Apa
senyum sorang-sorang tu?Makruhla…”Aina menegur.
“Suka
hatila…takde,tiket ni EunJi yang bagi kat aku.Dia tak boleh pergi sebab family
dia
kat Australia nak datang.”Yuna akhirnya memberitahu perkara yang
sebenarnya,tidak
mahu berteka-teki lagi dengan sahabatnya
itu.
“Kau
dah habis kelas kan?”Yuna memandang Aina.
“Ehmm..nak
balik dah ke?”
“Ingat
nak ajak kau shopping jap kat area sini.Aku nak beli barang sikit…”Yuna buat
muka kesiannya.Aina tahu dia takkan boleh menolak
ajakan Yuna tu,kira terpaksa dalam
relalah ni…
“Ehmm…bolehlah”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------SEMENTARA
ITU,DI HOSPITAL
Pemandangan
yang sama tiap-tiap hari di hospital memang cukup
membosankan.Walaupun dia sudah lali dengan
suasana itu namun dia memang masih tetap
membenci tempat itu,tempat dia menerima
khabar buruknya,tempat yang langsung tiada
keceriaan bagi insan sepertinya.Yang hanya ada
hanyalah harapan,harapan yang semakin
terhakis dari sehari ke sehari.Itu sahaja.
Sunghyun
memandang di satu sudut.Seorang gadis sedang asyik melayan neneknya
yang uzur di atas kerusi rodanya.Menunggu giliran
barangkali.Sunghyun masih memandang
ke arah mereka.Memikirkan tentang perasaan nenek tua
itu.Mungkin sama sepertinya cuma
apa yang membezakan mereka hanyalah usia.Bagi orang
sepertinya,hidup seakan sudah tidak
bermakna lagi..
“Kim
Sung Hyun!”Suara seorang jururawat memecahkan lamunannya.Segera dia
menuju ke bilik doktor itu.heh…bosan.
Pintu
bilik diketuk.Sunghyun masuk ke dalam terus melabuhkan punggungnya di atas
kerusi empuk di hadapan doktor itu.Dia
tersenyum nipis sekadar menzahirkan rasa hormatnya
kepada doktor pertengahan usia itu.
“Apa
khabar,En.Kim?”Doktor itu mempamerkan senyuman,cara yang paling mudah
untuk menenangkan pesakit seperti di hadapannya saat
ini.Selaku seorang doktor,dia cukup
faham mengenai pesakit kronik seperti lelaki itu.Sebab
itulah dia cuba mempositifkan
pemikiran mereka setidak-tidaknya mengelakkan mereka
dari menyerah kalah dengan
mudah.
Sunghyun
tidak menjawab.Suasana menjadi kekok seketika.Pandangannya ditala
keluar,mencari sesuatu yang boleh menceriakannya namun
gagal.Akhirnya,dia terpaksa juga
berhadapan dengan ‘teman setia’nya itu..
Doktor
itu cuba mencari kata-kata yang sesuai agar tidak mengganggu emosi
pesakit.Dia menarik nafas panjang sebelum
dihembuskan.Informasi yang bakal diberitahu
nanti mungkin akan sedikit-sebanyak
mengganggu emosi pesakit.Oleh sebab itulah,dia perlu
berhati-hati.
“Doktor,berterus-teranglah
pada saya,apa yang sebenarnya dah jadi pada tubuh saya
ni?”Wajahnya tetap tenang,bersedia menerima apa-apa
perkhabaran buruk daripada doktor
itu.Dia kini seumpama sudah pasrah dengan takdirnya
saat itu,Cuma apa yang diharapkannya
saat ini adalah secebis kesempatan untuknya bertemu
gadis itu..
Doktor
itu mengeluh perlahan.Tidak sampai hati sebenarnya untuk menyatakan
perkara sebenarnya namun sebagai seorang doktor,dia
perlu juga berterus-terang.Wajah
pesakit di hadapannya itu direnung dalam.Nasib
seseorang memang sukar diramal,sama
seperti pemuda di hadapannya saat ini.
“Saya
harap encik tidak lagi menangguh pembedahan yang sepatutnya
dijalankan.Terus-terang saya katakan penyakit encik
sudah semakin serius.Jika tidak
menjalani pembedahan dengan segera,nyawa encik memang
dalam bahaya,”Doktor itu
berterus-terang.
“Jika
saya tidak melakukannya, adakah saya masih punya masa lagi untuk meluahkan
apa yang saya rasa pada orang yang saya
sayang?”Perlahan dia berkata namun cukup jelas
untuk didengari doktor itu.Doktor di
hadapannya mengeluh berat.Sungguh terkedu dia
apabila mendengar kata-kata itu.Soalan yang
ringkas namun cukup untuk membuatnya
tergamam.Hilang punca untuk menjawabnya.
“Tapi…”Doktor
itu terdiam.Kini dia berhadapan dengan pesakit yang begitu
berlainan daripada sebelumnya.Seorang
lelaki yang tenang namun terseksa dalam diam.Dia
sejujurnya sangat berminat untuk membantu
lelaki itu namun dia tahu dia bukan Tuhan yang
mampu mengubah takdir…
“Sekalipun
saya menjalani pembedahan itu,keadaan masih sama..tak ada yang
berubah pun kecuali menjadi beban orang
lain..”Suaranya mendatar.Namun,itu memang
kebenarannya.Penyakitnya memang kronik.Peluangnya
untuk menjalani hidup normal
sekalipun selepas menjalani pembedahan itu hanya
sekelumit saja.Dan dia sedar dia tidak
layak untuk terus hidup di bumi ini dan kadang-kadang
dia seakan terima bahawa riwayat
hidupnya akan berhenti seawal usia 24 tahun
…ringkasnya dia sudah berputus asa dengan
hidupnya sendiri.
“Awak
tak sepatutnya berfikir begitu…”Doktor itu memujuk.Sekurang-kurangnya dia
tidak mahu
lelaki itu melakukan tindakan bodoh untuk menamatkan deritanya,dia tidak
mahu..
“Saya
nak balik dulu..”
“Tapi
berkenaan dengan…”
“Cukuplah
setengah tahun untuk saya..”Sunghyun melangkah keluar.Antara buta
dan mati.Dia keliru untuk
memilihnya.Pilihan yang langsung tidak memihak
kepadanya.Sunghyun mengeluh kecil…
Keluar
sahaja dari hospital itu,Sunghyun tidak terus pulang.saat ini,hatinya terasa
sayu
tiba-tiba.Tidak tahu apa puncanya,mungkin kerana sakit yang ditanggungnya,namun
bukan itu sebabnya,hatinya kini teramat
sakit.bukan kerana mengenangkan saat ini namun
apa yang membuatnya terkilan adalah
perasaannya.Mencintai gadis yang tidak dapat
dikenalinya secara dekat,mencintai gadis
itu untuk saat-saat terakhir hidupnya…bukan
mudah untuk dia menanggung penderitaan
itu,tidak mudah.
Kakinya
terus melangkah perlahan di kaki lima,melihat-lihat gelagat orang ramai
yang masih mampu tersenyum lebar,meninjau kedai-kedai
yang terletak berdekatan antara
satu sama lain.Dia tidak tahu arah perjalanannya saat
itu..
Tiba
di satu sudut,matanya tertarik pada jambangan bunga mawar putih terletak elok
di dalam sebuah
pasu.Dia teringat sahabatnya dari Malaysia...
“I
love her…”Sunghyun menarik nafas panjang,buku di tangan dicampak ke
tepi,rakannya Aiman baru keluar dari biliknya,Bersolat
barangkali,perlakuan yang sudah
acap kali dilihatnya.Aiman memang seorang yang taat
pada agamanya…Sunghyun membuat
tafsiran sendiri.
“So.don’t
you tell her?”Aiman melabuhkan punggungnya di sebelah rakan baiknya
itu.Ternyata,pemuda itu sedang melamun
panjang
“I
can’t…”
“Don’t
be regret then …”Aiman faham situsi pemuda korea itu sekarang.Selaku
seorang rakan,dia berasa bertanggungjawab
untuk membantu lelaki itu sekadar termampu.
“I
don’t know what to do..”suasana senyap seketika.
“She
love white roses.”Aiman memberitahu spontan.Mahu rakannya itu faham
maksudnya.Wajah Sunghyun jelas keliru,masih
tidak dapat faham maksudnya..
“She’s
really love white roses..”
“Annyeong..nak beli bunga untuk kekasih
hatikah?”Suara si penjual bunga
mematikan lamunannya terus.Dia terus mencapai sejambak
mawar putih yang cantik tersusun
di dalam pasu kecil di sudut itu.
“Saya
nak ini..”
No comments:
Post a Comment