Sunday, 16 June 2013


         sambungan 

   “Adeh,deh,Masya Allah,beratnya..kau beli batu ke ni?”Yuna memikul barangan yang
baru dibeli mereka di pasaraya sebentar tadi.Dia berhenti sekejap,menarik nafas perlahan.Ni
memang betul-betul shopping ni..dia merungut di dalam hati.Rakannya tu kalau berbelanja
memang tak ingat dunia,Kala boleh satu bangunan tu nak dibeli agaknya.
            “Ala…rilek ar bro,sekali-sekala jerr pun,”Aina mula buat muka tak
bersalah.Langsung tidak mahu meminta maaf apatah lagi berterima kasih terhadap
pertolongan gadis itu.’Saja jerr…heisyh!Geram aku..’Yuna membebel perlahan.Matanya
tiba-tiba tertumpu pada sebiji pasu berisi lima kuntum mawar putih,matanya
membesar,terkejut.
            “Wei!Kau beli ros putih ni nak wat pe?Buang tebiat ke?”Yuna hairan Bila masa pulak
si Aina ni layan bunga-bunga ni semua,dah tu bunga kesukaan aku pulak tu..Yuna
bermonolog sendiri.
            Aina yang sedang leka meminum air mineral tersedak.Nasibnya baik kerana tidak
tersembur air yang diminumnya.Abende lagi yang dia merepek ni?
            “Eh,mana ada,buat apa aku bagi kau bunga tanpa sebab…”Aina menuju ke arah Yuna
yang masih terkejut.Kali ni dia turut sama terkejut.Masing-masing hairan dengan kehadiran
bunga misteri itu.’ Siapa yang rajin sangat nak hantar bunga ni?Dahlah hari tu pun dapat
 bunga jugak,misteri sungguh…’Yuna menggumam sendiri.
            “Aku takutlah,siapa yang stalker kita ni?”Yuna bertanya. Aina terdiam
seketika.Janganlah orang tak siuman yang hantar.Buat naya je…
            “Aku rasa orang tu stalker kau je sebab dia tahu bunga yang kau suka..tapi,apa kau
nak buat dengan bunga ni?”Aina terus memasukkan barang-barangnya ke dalam rumah tanpa
menantikan Yuna menjawabnya.
            “Aku tak sampai hatilah nak buang,cantik sangat bunga ni,serius..”
            “So then?simpan ajelah…tapi kau jangan nak menumpang kat bilik aku bunga-bunga
tu semua,semak je..”Tanpa berfikir panjang,Yuna terus mengambil mawar putih itu.Dia
memang sangat suka dengan bunga itu sampaikan rakan-rakannya di sekolah dulu
memanggilnya ‘puteri mawar’.Dia tersenyum sendiri.Terima kasihlah awak walaupun saya
tak kenal awak.. Yuna masih tersengih.
            Di seberang jalan,Sunghyun memerhatikan perlakuan gadis itu dari jauh.Dia
tersenyum..tidak tahu kenapa hatinya tertarik pada gadis itu,tidaklah secantik bekas teman
wanitanya dulu namun sudah cukup membuatkannya menjadi separuh gila.Hatinya yang
 sedia sakit bertambah sakit apabila mengenangkan sikap pengecutnya untuk tidak berterus-
terang dengan gadis itu namun dia sedar dia tidak akan diterima,dia tahu itu…
            Teringat pula dia pada permintaannya dengan kakaknya,seakan tidak percaya apabila
kakaknya sanggup menerima permintaan itu.Mungkin pada anggapan orang
lain,permintaannya itu sedikit merepek namun dia tidak kisah .Tidak kisah langsung pada
pandangan orang lain.Dia sangat berterima kasih pada kakaknya itu.Sungguh dia bersyukur
kerana dikurniakan kakak sebaik itu…

            Sunghee menyikat rambutnya di hadapan cermin,memerhatikan diri sendiri yang
semakin tidak terurus sejak kebelakangan ini.Satu-satu masalah timbul,kerjanya tak pernah
 tak wujud masalah.Ingin saja dia melarikan diri daripada menjawat jawatan CEO
itu.Perlahan-lahan pandangannya dialihkan kepada binkai gambar keluarga yang elok terletak
di atas meja soleknya.Adik kecilnya kini sudah dewasa..Dia mengeluh,teringat zaman kanak-
kanak mereka yang tidaklah begitu seronok namun dia cukup menghargainya,
            Sunghee masih lagi ingat lagi peristiwa dia yang selalu dibuli rakan
sekelasnya.Bagaimana dia dipulaukan seisi kelas kerana dituduh merampas teman lelaki
seorang pelajar perempuan yang cukup popular di sekolah mereka..dan setiap kali dia
dibuli,adiknya itu mesti datang membantu walaupun kadangkala dia yang perlu membantu
adik lelakinya itu.Bibir mengukir senyum.Hubungan mereka memang rapat namun
kini,adiknya itu seolah-olah meminggirkan diri sejak ditimpa penyakit kronik itu.Dia sendiri
tidak tahu bagaimana untuk mengembalikan semula keceriaan adiknya itu.Sejujurnya dia
sangat rindukan adiknya yang dulu.
Eonni,adik cuma ada setengah tahun sahaja lagi,kalau boleh…”Sunghee hampir-
hampir menangis apabila teringatkan permintaan adiknya itu.Siapalah yang sangka kini dia
perlu membantu adiknya pula dan siapa sangka satu-satunya wanita yang mampu
 mengembalikan senyumannya adalah seorang gadis bertudung..Ternyata dia ingin sekali
bertemu gadis itu yang pada pandangannya mampu membantu adiknya tersenyum seperti
 dulu..
            Sedang asyik melamun panjang,tiba-tiba,pimyu biliknya diketuk.Seorang pembantu
rumah masuk dan memintanya turun untuk menjamu makan tengah hari.    
            “Nanti saya turun…”Ringkas jawapannya.Lagipun,hanya dia seorang saja di rumah
besar itu,Ibu bapanya baru sahaja terbang ke Hong Kong untuk membincangkan urusan
perniagaan mereka,Sunghyun pula memang jarang pulang ke rumah kerana sudah
mempunyai rumah sewa sendiri.Sunghee mengeluh.Sunyi…
            Usai menyalin pakaian,dia segera turun ke bawah.Lauk yang pelbagai dan mahal
terhidang di depan mata namun dia langsung tidak bernafsu untuk memakannya,hanya
sekadar memenuhi fitrah tubuhnya..
            Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba.Heisyh!Siapa lagi ni?Dia membebel sendiri.Dia
berhenti mengunyah.Nombor di skrin terpampang,Sunghyun?
            “Eonni…tolong aa..dik..”Suara di talian tersekat-sekat.Jantung Sunghee berdegup
kencang .Merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku kepada lelaki itu.Dia segera naik ke
atas,mengambil kunci keretanya dan terus keluar.Pelbagai andaian negatif mula menjengah
minda.

3 MINGGU KEMUDIAN
Perkarangan dewan kuliah Fakulti Pengajian Bioteknologi kini dipenuhi pelbagai
jenis manusia.Masing-masing sibuk mengulangkaji buat kali terakhir sebelum peperiksaan
akhir bermula.Yuna dan Aina turut merasakan bahang peperiksaan tersebut.Ternyata,
masing-masing berwajah cuak.musim peperiksaan sudah menjelma.
            “Kau tidur pukul berapa malam tadi?”Aina memecahkan suasana senyap antara
mereka.Buku teksnya ditutup sebentar.Memberi ruang kepada otak untuk berehat seketika.
            “Pukul 2 pagi.Ni yang lemau sikit hari ni..”Yuna menguap.Mengantuk betul..
            “Dah lama kau tak dapat bunga..perasan tak?”Memang betul pun.Sejak rakannya itu
mendapat bunga mawar pertama dulu,setiap hari mesti akan ada bunga itu di hadapan rumah
 mereka.Tapi sejak seminggu lepas.’bekalan bunga’ tersebut terhenti begitu sahaja.Dia
hairan..
            “Agaknya orang tu dah tak suka aku kot..”Selamba je dia bercakap.Mata masih
melekat pada buku tebal di hadapannya.Walaupun begitu,secara jujur,dia masih ingin
mengetahui si penghantar bunga itu.Tapi sekarang,sudah seminggu dia tidak mendapat bunga
 itu,entah kenapa dia rasa sedih tiba-tiba.
            “The examination will start in ten minute from now,please get ready.”Suara dari
corong pembesar suara mematikan perbualan mereka.Yuna menutup buku,membaca segala
doa yang dipelajarinya,Al-Fatihah dan menarik nafas panjang..
            “Jom..”Tangan Aina digenggam,sama-sama memberi semangat dan doa di antara
sahabat.
HOSPITAL BESAR SEOUL
            Sunghyun memandang ke luar jendela dari tingkap biliknya..Sengaja dia membuka
tingkap itu.menikmati udara ibukota Seoul yang semakin hari semakin tercemar dek kerana
pembangunan yang tidak pernah berhenti.Hatinya kosong.Sudah seminggu dia tidak
melakukan rutin hariannya.
            Sebuah buku bertulisan Arab dipandangnya.Cantik.. ingin sekali dia memahami isi
kandungan buku itu namun tidak kesampaian lagi hajatnya.Buku itu merupakan kepunyaan
Aiman yang sudah berangkat pulang ke tanah airnya.Pernah juga dia bertanya kepada Aiman
tentang isi kandunga buku itu dan rakannya hanya tersenyum.
            “Aiman,what’s the content of this book?”Tiba-tiba sahaja dia terdetik hati untuk
bertanyakan perkara itu kepada Aiman.Aiman tersenyum menampakkan barisan giginya
yang putih tersusun rapi.
            “If the Christians have Bible, a muslim have that book,Al-Quran…”Ringkas
jawapannya.Sunghyun mengangguk.Memahami penjelasan rakan baiknya itu.Namun dia
masih lagi ingin mengetahui isi kandungan buku itu.Selalu juga dia melihat Aiman
membacanya dengan suara yang merdu,seperti irama muzik namun lebih indah daripada
itu.Malah dia juga pernah melihat gadis kesukaannya itu membcanya ketika menaiki subway
train.Sebab itulah dia tertarik untuk memahami isi kandungan buku itu.
            Namun,dek kerana kesibukan mereka sebagai pelajar jurusan kejuruteraan
kimia,Aiman sering lupa untuk menerangkan isi kandungan buku itu kepadanya.Malah,dia
juga terlupa untuk bertanyakan soalan itu kepada Aiman sehinggalah lelaki itu pulang ke
negaranya.
            Tok!Tok!Tok!Bunyi pintu bilik diketuk dari luar mematikan lamunannya.Segera dia
menyimpan buku itu di dalam laci.Sunghyun cuba mengukir senyuman.Bapa dan ibunya
 masuk,kali pertama melawatnya di hospital sejak dia dimasukkan ke hospital seminggu yang
laluSunghyun mengeluh kecil..
            “Kamu tak apa-apa?”Ibumya menegur terlebih dahulu.Sunghyun hanya mengangguk
 lemah,tiada apa yang iangin dikatakan lagi,dia bukan budak kecil yang selalu perlu dibelai
spanjang masa.Sebakul epal dan oren diletak di atas meja di hujung katilnya.Seperti biasa…

SEBULAN KEMUDIAN
“Aina,aku nak keluar sekejap jalan-jalan,nak ikut tak?”Yuna memandang Aina
sekilas.Rakannya itu sibuk menyiapkan laporan.Nasib baik laporan aku dah siap.
            “Kenapa kau mesti ajak aku waktu-waktu ‘lapang’macam ni?”Nada suaranya
sarkastik.Yuna hanya mencebik.
            “Rilek arr…kalau tak nak ikut,takpe, aku tak paksa..”Yuna mengambil beg tangannya
di atas meja studinya.Kalau nak diikutkan,mahu saja dia menarik tangan sahabatnya itu untuk
menemaninya berjalan namun melihat kerja yang bertimbun di atas meja studi Aina,dia tidak
sampai hati pula untuk memaksa.Biarlah…cuti-cuti macam ni pun ada je assignment tak
settle..
            “Sorrylah kawan,kali ini  memang aku tak boleh nak temankan kau..kalau boleh aku
memang kena dikuarantin kat rumah aje ni..”Mata masih melekat pada skrin laptop,macam
boleh ditembus je gayanya.Kertas tugasan menimbun atas meja mengalahkan kerja setiausaha
Perdana Menteri.Aina merungut di dalam hati.
            “Ehmm,tak apalah kalau macam tu,puan presiden,ada apa-apa pesanan sebelum patik
 bertolak pergi?”Yuna bertanya.Sarkastik.Serta-merta kakinya dilibas
Aina.’Adeh..deh..Makcik ni,ganas betul..’Yuna menggosok kakinya.Aina ketawa
perlahan.Padan muka kau..
            “Hah! Jangan lupa beli bekalan untuk puasa,minggu depan dah puasa,alang-alang kau
dah keluar,baik kau beli sekali..”Aina teringat.Yuna hanya mengangguk.Hmm…minggu
depan dah puasa,puasa yang pertama di negara orang.Tak sabar pula rasanya..
            Yuna menyarung kasut.Semasa dia hendak keluar,tiba-tiba matanya tertancap pada
jambangan bunga mawar putih di depan rumah mereka’.Dia dah start dah…’Jambangan
bunga itu diletakkannya di atas para.Kali ini,dia langsung tidak berasa curiga mengenai
kehadiran bunga itu namun sebaliknya perasaan gembira yang mula bersarang di hati.
            “Aina,nanti  tolang masukkan bunga ni eh?”
            “Eh,dia hantar lagi kat kau ke?”Aina bertanya,separuh menjerit.Namun,Yuna tidak
menjawab pertanyaan Aina itu,dia terus berjalan menuju ke stesen bas berhampiran.Tetiba
saja dia rasa gembira semacam.Yuna tersenyum kecil.Langkahnya dilajukan.
TAMAN AWAM,APGUJEONG,SEOUL.
            Yuna meletakkan beg kertas berisi makanan di atas bangku panjang.Nasibnya baik
 kerana terdapat seorang saudagar Arab yang menjual makanan halal di sekitar kawasan
itu.Jika tidak,jenuh dia hendak mencari.
            Pemandangan di taman itu tetap seperti dulu tiada apa yamg berubah,masih sama
kecuali daun-daun mapel yang masih menghijau..’Bilalah nak musim luruh lagi ni?’Yuna
menarik nafas,menikmati anugerah Tuhan yang tidak ternilai itu.Tangan menggapai sesuatu
dari dalam beg.Al-Quran.Ya,Al-Quran bukan novel-novel cinta yang selalu dibaca anak-anak
muda kini.Diselaknya pada tempat dia berhenti membaca.Surah Al-Rahman.Itulah satu-
satunya hiburannya,penenang jiwa,pemberi semangat untuk dia terus mengharungi liku-liku
hidup di tempat asing ini.Perlahan-lahan dia membaca.
            Sunghyun memandang gadis itu dari jauh.Perlakuan gadis itu benar-benar menarik
minatnya untuk mengenali gadis itu secara lebih dekat.Secara peribadi dia akui dia sangat
tertarik untuk mengenali agama yang dianuti Aiman dan gadis itu Cuma dia tidak tahu
bagaimana.
            Sunghyun memberanikan diri untuk mendekati Yuna.Dia berjalan perlahan.Mujurlah
terdapat bangku di hadapan gadis itu.Dia segera melabuhkan punggungnya di situ.Sekali-
sekala dia terdengar bacaan al-Quran yang dilagukan Yuna.Merdu.
            Yuna terasa seperti diperhatikan.Bacaannya terhenti.Matanya dialihkan ke
hadapan.’Eh?mamat ni lagi?orang yang aku langgar dulu kan?Kebetulan je kot….’Yuna mula
membuat andaian sendiri.
            “Miss,continue your reciting..it’s nice,really…”Sunghyun meminta.Yuna serta-merta
 memandang ke arah lelaki itu.Eh?mamat ni…suka hati je nak arah-arahkan aku..
            “Mianhae,Mr.Sunghyun but..”Yuna sebanarnya mahu mengatakan yang dia tidak
selesa untuk membaca al-Quran di hadapan lelaki namun tidak terluah,bimbang mengguris
hati pemuda itu.Sunghyun hanya tersenyum.’Dia masih ingat nama aku…’Tiba-tiba dia
terdetik untuk mengetahui nama gadis itu.Sunghyun cuba menyusun kata.
            “You still remember my name?”Sunghyun bertanya,sekadar berbasa-basi.Yuna
tersenyum kecil.Al-Quran ditutup.Dia memandang Sunghyun.
            “Ehmm…I know you because I always see you, Plus.i feel emberresed about what
happen before..”Perlahan matanya ditala ke tempat lain.Rasa malunya masih ada..
            Sunghyun tertawa kecil.”May I know your name?”Dia memberanikan diri untuk
bertanya.Degupan jantungnya saat ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.Kini dia berhadapan
dengan gadis kesukaanya setelah sekian lama dia ingin mencari ruang untuk mengenali gadis
itu.
            “Is it important?”Yuna saja menduga.Ingat senang ke nak tau nama aku..
            “Really...”Sunghyun menjawab selamba.Senyuman gadis itu benar-benar menggugat
jiwa lelakinya namun  rasa hormatnya terhadap gadis itu masih tinggi.Yuna hanya
memandangnya tanpa berkata sepatah apa.Sunghyun menjadi gelabah tiba-tiba.
            Lawaklah mamat ni...Yuna ketawa dalam diam.Entah kenapa dia rasa sangat selesa
untuk berbual kosong dengan pemuda Korea itu.Setelah beberapa minit barulah dia bersuara.
            “My name Siti Hairuna, call me Yuna.From Malaysia.Nice to meet
you,Mr.Sunghyun..”Dia mengangguk perlahan.Salam perkenalan...Sunghyun menghulur
tangan,mahu bersalaman dengan gadis itu namun tidak disambut.Dia menjadi malu tiba-tiba.
            “It’s forbidden for my religion to touch with a man without marital or family
relationship,Mr.Sunghyun.I’m sorry...”Sopan pula dia berkata kali ni..’eisyh!Apa kena kau
hari ni,Yuna?Ayu semacam je?’Tak pernah-pernah dia berkata sesopan itu kepada lelaki hatta
kepada Aiman yang senegara dengannya dulupun,Pelik…Yuna menggaru dahi.
            “Ok,Miss Yuna,nice to meet you here..i’m glad to meet you again soon.”Sunghyun
berdiri,bersedia untuk meninggalkan Yuna di situ.Tidak mahu mengganggu.Baru beberapa
langkah meninggalkan gadis itu,dia berpaling semula.
            “I like your reciting Al-Quran.It’s nice.Hope I can hear it again,”Tangannya
melambai Yuna yang masih terpinga-pinga.Yuna hanya tersenyum,sekurang-kurangnya
 lelaki itu tidak mengganggunya tanpa sebab.Dia suka orang baca Al-Quran?Hmm…
            Yuna memandang lelaki itu berjalan hingga hilang dari pandangan.Entah kenapa dia
 dapat merasakan perasaan yang aneh apabila berbual dengan lelaki itu.Sangat selesa
 bagaikan sudah lama berkawan.MoU antara mereka akhirnya termeterai,di bawah sepohon
mapel.

Tuesday, 11 December 2012

tbpm...


            “Waaa!!!I’m free!!! Bestnya ya Allah,takde lagi pengacau hidup tu lagi…”Yuna
masih lagi tersenyum,masih tidak menyangka bahawa musuh ketatnya itu telah berhenti dari
menyambung pengajian di universiti itu.Bukan dia suka akan kesusahan orang lain tapi
kepergian lelaki itu benar-benar melegakan hatinya.
            “Wei…sudah-sudahlah tu,malu orang tengok tau…”Aina menepuk dahi.Melihat
kepada reaksi sahabatnya itu,dia benar-benar tidak menyangka bahawa berita yang
dibawakannya semalam bagaikan menjadi satu rahmat buat Yuna.Alahai…
            “Aina,nah!”Sekeping tiket diletakkan ke atas tapak tangan rakannya itu.Aina
terpinga-pinga.Apahal pulak ni?Muka dikerutkan tanda tidak faham.Yuna hanya
tersenyum,jelas benar dia terlalu gembira pada hari itu..hari yang cukup indah padanya
selama dia menjajakkan kaki ke bumi Korea itu.
            “Tiket konsert sempena Tahun Melawat Korea tulah,kan kau nak pergi
sesangat..ambiklah..”Yuna tersenyum ceria.Budak ni biar benar,gembira sangat ke sampai
nak belikan tiket konsert kat aku?
            “Kau biar betul..kau belikan untuk aku ke?”Aina pelik.Matanya dicerunkan kepada
Yuna.Memang betul-betul over exitedlah kawan aku ni…
            “Siapa kata aku belikan untuk kau?Aku tak cakap pun…”Selamba Yuna berkata.Dia
berjalan membelakangi Aina.Pemandangan di sekitar kampus nampak tenang.Hari ini
barulah dia terasa boleh bernafas sedikit,semua kelas ditunda,menambahkan lagi
kegembiraannya.Sebab itu dia santai saja melepak di bawah pohon mapel yang masih hijau
daunnya itu.
Musim luruh dan musim sejuk dah berakhir…musim yang paling digemarinya dah
berakhir,,kena tunggu tahun depanlah ni…Bibir dimuncungkan.Kecewa…Sejujurnya
dia paling suka  melihat daun-daun mapel berguguran.Cantik.Sungguh.Dia tersenyum
sendiri.Tidak menyedari tingkahnya diperhatikan Aina.
            “Woi,makcik!Apa senyum sorang-sorang tu?Makruhla…”Aina menegur.
            “Suka hatila…takde,tiket ni EunJi yang bagi kat aku.Dia tak boleh pergi sebab family
 dia kat Australia nak datang.”Yuna akhirnya memberitahu perkara yang sebenarnya,tidak
mahu berteka-teki lagi dengan sahabatnya itu.
            “Kau dah habis kelas kan?”Yuna memandang Aina.
            “Ehmm..nak balik dah ke?”
            “Ingat nak ajak kau shopping jap kat area sini.Aku nak beli barang sikit…”Yuna buat
muka kesiannya.Aina tahu dia takkan boleh menolak ajakan Yuna tu,kira terpaksa dalam
relalah ni…
            “Ehmm…bolehlah”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------SEMENTARA ITU,DI HOSPITAL
            Pemandangan yang sama tiap-tiap hari di hospital memang cukup
membosankan.Walaupun dia sudah lali dengan suasana itu namun dia memang masih tetap
membenci tempat itu,tempat dia menerima khabar buruknya,tempat yang langsung tiada
 keceriaan bagi insan sepertinya.Yang hanya ada hanyalah harapan,harapan yang semakin
terhakis dari sehari ke sehari.Itu sahaja.
            Sunghyun memandang di satu sudut.Seorang gadis sedang asyik melayan neneknya
yang uzur di atas kerusi rodanya.Menunggu giliran barangkali.Sunghyun masih memandang
ke arah mereka.Memikirkan tentang perasaan nenek tua itu.Mungkin sama sepertinya cuma
apa yang membezakan mereka hanyalah usia.Bagi orang sepertinya,hidup seakan sudah tidak
bermakna lagi..
            “Kim Sung Hyun!”Suara seorang jururawat memecahkan lamunannya.Segera dia
menuju ke bilik doktor itu.heh…bosan.
            Pintu bilik diketuk.Sunghyun masuk ke dalam terus melabuhkan punggungnya di atas
kerusi empuk di hadapan doktor itu.Dia tersenyum nipis sekadar menzahirkan rasa hormatnya
kepada doktor pertengahan usia itu.
            “Apa khabar,En.Kim?”Doktor itu mempamerkan senyuman,cara yang paling mudah
untuk menenangkan pesakit seperti di hadapannya saat ini.Selaku seorang doktor,dia cukup
faham mengenai pesakit kronik seperti lelaki itu.Sebab itulah dia cuba mempositifkan
pemikiran mereka setidak-tidaknya mengelakkan mereka dari menyerah kalah dengan
mudah.
            Sunghyun tidak menjawab.Suasana menjadi kekok seketika.Pandangannya ditala
keluar,mencari sesuatu yang boleh menceriakannya namun gagal.Akhirnya,dia terpaksa juga
berhadapan dengan ‘teman setia’nya itu..
            Doktor itu cuba mencari kata-kata yang sesuai agar tidak mengganggu emosi
pesakit.Dia menarik nafas panjang sebelum dihembuskan.Informasi yang bakal diberitahu
nanti mungkin akan sedikit-sebanyak mengganggu emosi pesakit.Oleh sebab itulah,dia perlu
berhati-hati.
            “Doktor,berterus-teranglah pada saya,apa yang sebenarnya dah jadi pada tubuh saya
ni?”Wajahnya tetap tenang,bersedia menerima apa-apa perkhabaran buruk daripada doktor
itu.Dia kini seumpama sudah pasrah dengan takdirnya saat itu,Cuma apa yang diharapkannya
saat ini adalah secebis kesempatan untuknya bertemu gadis itu..
            Doktor itu mengeluh perlahan.Tidak sampai hati sebenarnya untuk menyatakan
perkara sebenarnya namun sebagai seorang doktor,dia perlu juga berterus-terang.Wajah
pesakit di hadapannya itu direnung dalam.Nasib seseorang memang sukar diramal,sama
seperti pemuda di hadapannya saat ini.
            “Saya harap encik tidak lagi menangguh pembedahan yang sepatutnya
dijalankan.Terus-terang saya katakan penyakit encik sudah semakin serius.Jika tidak
menjalani pembedahan dengan segera,nyawa encik memang dalam bahaya,”Doktor itu
berterus-terang.
            “Jika saya tidak melakukannya, adakah saya masih punya masa lagi untuk meluahkan
apa yang saya rasa pada orang yang saya sayang?”Perlahan dia berkata namun cukup jelas
 untuk didengari doktor itu.Doktor di hadapannya mengeluh berat.Sungguh terkedu dia
apabila mendengar kata-kata itu.Soalan yang ringkas namun cukup untuk membuatnya
tergamam.Hilang punca untuk menjawabnya.
            “Tapi…”Doktor itu terdiam.Kini dia berhadapan dengan pesakit yang begitu
berlainan daripada sebelumnya.Seorang lelaki yang tenang namun terseksa dalam diam.Dia
sejujurnya sangat berminat untuk membantu lelaki itu namun dia tahu dia bukan Tuhan yang
mampu mengubah takdir…
            “Sekalipun saya menjalani pembedahan itu,keadaan masih sama..tak ada yang
berubah pun kecuali menjadi beban orang lain..”Suaranya mendatar.Namun,itu memang
kebenarannya.Penyakitnya memang kronik.Peluangnya untuk menjalani hidup normal
sekalipun selepas menjalani pembedahan itu hanya sekelumit saja.Dan dia sedar dia tidak
layak untuk terus hidup di bumi ini dan kadang-kadang dia seakan terima bahawa riwayat
hidupnya akan berhenti seawal usia 24 tahun …ringkasnya dia sudah berputus asa dengan
hidupnya sendiri.
            “Awak tak sepatutnya berfikir begitu…”Doktor itu memujuk.Sekurang-kurangnya dia
 tidak mahu lelaki itu melakukan tindakan bodoh untuk menamatkan deritanya,dia tidak
mahu..
            “Saya nak balik dulu..”
            “Tapi berkenaan dengan…”
            “Cukuplah setengah tahun untuk saya..”Sunghyun melangkah keluar.Antara buta
dan mati.Dia keliru untuk memilihnya.Pilihan yang langsung tidak memihak
kepadanya.Sunghyun mengeluh kecil…
            Keluar sahaja dari hospital itu,Sunghyun tidak terus pulang.saat ini,hatinya terasa
 sayu tiba-tiba.Tidak tahu apa puncanya,mungkin kerana sakit yang ditanggungnya,namun
 bukan itu sebabnya,hatinya kini teramat sakit.bukan kerana mengenangkan saat ini namun
apa yang membuatnya terkilan adalah perasaannya.Mencintai gadis yang tidak dapat
dikenalinya secara dekat,mencintai gadis itu untuk saat-saat terakhir hidupnya…bukan
mudah untuk dia menanggung penderitaan itu,tidak mudah.
            Kakinya terus melangkah perlahan di kaki lima,melihat-lihat gelagat orang ramai
yang masih mampu tersenyum lebar,meninjau kedai-kedai yang terletak berdekatan antara
satu sama lain.Dia tidak tahu arah perjalanannya saat itu..
            Tiba di satu sudut,matanya tertarik pada jambangan bunga mawar putih terletak elok
 di dalam sebuah pasu.Dia teringat sahabatnya dari Malaysia...
            “I love her…”Sunghyun menarik nafas panjang,buku di tangan dicampak ke
tepi,rakannya Aiman baru keluar dari biliknya,Bersolat barangkali,perlakuan yang sudah
acap kali dilihatnya.Aiman memang seorang yang taat pada agamanya…Sunghyun membuat
tafsiran sendiri.
            “So.don’t you tell her?”Aiman melabuhkan punggungnya di sebelah rakan baiknya
itu.Ternyata,pemuda itu sedang melamun panjang
            “I can’t…”
            “Don’t be regret then …”Aiman faham situsi pemuda korea itu sekarang.Selaku
seorang rakan,dia berasa bertanggungjawab untuk membantu lelaki itu sekadar termampu.
            “I don’t know what to do..”suasana senyap seketika.
            “She love white roses.”Aiman memberitahu spontan.Mahu rakannya itu faham
maksudnya.Wajah Sunghyun jelas keliru,masih tidak dapat faham maksudnya..
            “She’s really love white roses..”
            “Annyeong..nak beli bunga untuk kekasih hatikah?”Suara si penjual bunga
mematikan lamunannya terus.Dia terus mencapai sejambak mawar putih yang cantik tersusun
di dalam pasu kecil di sudut itu.
            “Saya nak ini..”