Di bawah pepohon mapel
MUSIM LURUH 2009,SEOUL,KOREA SELATAN-Part 1
Baru 6
bulan dia menjejakkan kaki ke bumi
Winter Sonata ini ,huh,tapi betul-betul rasa macam setahun. Dia mengeluh. Really
need to survive…belajar di tempat orang, benar- benar mencabar dirinya apatah
lagi di negara “Paris Asia”itu. Kebanyakan anggota masyarakatnya tidak fasih
berbahasa Inggeris menyukarkan komunikasi antaranya dengan masyarakat
Korea.Bibir mengukir senyum.Teringat peristiwa lucu apabila dia ditegur rakannya
dalam bahasa Korea.
“Annyeonghasseyo…”Huh?Dahi berkerut.Otak
cuba mentafsir perkataan.Jual
sayur?Kening terangkat.Lantas dia menoleh ke belakang.Rakannya,Aina
tersenyum.Apehal
minah ni?Datang-datang nak jual sayur kat aku?Biar betul budak ni…dah
tukar profesion
ke?Otak tak berhenti-henti memancarkan aura kehairanan.
“Sejak bila kau jual sayur pulak ni?”Dengan
selambanya dia bertanya.Tidak semena-
mena,tawa Aina meledak.Dia memandang
pelik.Apa yang lucunya?
“Wei Yuna!Kau ni…perkataan senang tu pun
tak tahu makna ke?Hahaha…”Aina dah
memegang perutnya yang senak kerana cuba
menahan ketawa.
“Yelah..aku dengar kau nak jual sayur kat
aku.Aku salah dengar ke?”
“Annyeonghasseyolah…bukan jual
sayur…Yuna,you really need to learn
Korean…”Aina melabuhkan punggungnya di sebelah
rakannya itu.Nafasnya ditarik
perlahan,membuang sisa tawanya tadi.
“Oh yeker..aku salah dengarlah ni…”Wajah
Yuna kekal
selamba.Heartless.Pandangannya ditala ke
sebuah bangunan tinggi.Cantik…memanglah
“Paris Asia”.Betul jugak tu,dia tak dapat
nak nafikan dia memang perlu mempelajari bahasa
dan budaya Negara itu dengan
serius..tapi,itulah,dia bukan jenis yang minat sangat
mempelajari subjek bahasa lebih-lebih lagi
bahasa asing macam itu.Apapun dia sedar,mahu
tak mahu,dia tetap perlu mempelajarinya…
Setelah 6 bulan ,dia masih lagi
begitu.Statik.Skema.Heartless.Huh?Weird semacam
je..,Aina dan dia.Dia dan Aina.Tak
berkembang langsung.Bukan dia jenis antisosial ke apa
tapi orang lain selalu anggap dia sombong,heartless.kadang-kadang
dia tertanya-tanya,muka
aku ni macam Adolf Hitler ke sampai semua
orang tak nak berkawan dengan aku?Yuna
memuncungkan bibir.Entah berapa puluh kali
soalan itu menerjah ke kepala tapi tetap tak
terjawab.
Usai menikmati panorama musim luruh yang
buat julung-julung kalinya dialaminya
sendiri,Yuna bangkit dari kerusi,berjalan
melalui pavement yang tersedia.Dedaun mapel
merah kekuningan yang berguguran ke tanah benar-benar mewujudkan
suasana romantis di
taman awam tersebut.Sebab itulah dia tidak
hairan melihat sepasang merpati berciuman di
belakangnya tadi.Ini Korea bukan
Malaysia,budaya bercium dah terbiasa di sini..dia sedar itu.
Beg berisi laptop disandangnya.3 biji buku
ditatang.Huh!Berat semacam,kalaulah ada
orang nak tolong…Lamunannya terhenti
apabila dia terlihat sekumpulan manusia sedang
berkumpul di suatu sudut di bawah sepohon
mapel.’apahal tu?’Bibir tanpa sedar bertutur
perlahan.Perasaan ingin tahunya
melonjak-lonjak lantas dia segera menuju ke tempat
tersebut.
Matanya membulat apabila melihat seorang
lelaki Korea(tampan
semestinya..)terbaring tidak sedarkan
diri.Berbekalkan tubuhnya yang kecil itu,segera dia
menyelit di antara orang ramai di situ.
“Excuse me, May I know what had happen
here?”dia bertanya kepada seorang
pemuda di situ.Harapannya semoga lelaki itu
boleh bertutur dalam bahasa Inggeris namun
melihat kepada reaksi lelaki itu,ternyata
harapannya ‘hampeh’belaka.Cheh,ramainya orang
tapi tak ada siapa ke nak tolong lelaki
ni?Dia memandang sekeliling.Kecewa sedikit apabila
tiada siapa pun yang cuba membantu pemuda
itu.Tanpa membuang masa,dia segera menuju
ke arah lelaki ituMujurlah dia pernah
menjadi ahli PBSM dahulu,tahulah juga selok-belok
pertolongan cemas ni.
Yuna mendekati pemuda itu,memeriksa nadi
dan pernafasannya itu.Huh! apasal
mamat
ni?Semacam je nafas dia…Dahi Yuna berkerut,nak tak nak,terpaksa juga dia
melakukan CPR ke atas lelaki itu.’Ya
Allah!ampunkan aku …emergency case ni’dia bertutur
perlahan.
HOSPITAL
“Thank you for giving him CPR.If late,he
may die”Seorang doktor.berusia lingkungan
30-40 tahun mendekatinya.Huh?Serius sangat
ke?Menakutkan betullah mamat ni…Yuna
menarik nafas.Tak lama kemudian,sepasang
suami isteri berjalan menghampirinya.Dia pasti
mereka tentunya ibu bapa pemuda itu.Wajah kedua-duanya
jelas menunjuk riak sedih yang
teramat.Simpati mula menguasai minda.Ibu
bapa mana yang tidak sayangkan anaknya…
Tidak semena-mena,wanita pertengahan usia
itu memeluknya.Yuna
terpana.Eh?Kenapa mak cik ni?
“Madam..”
“Kamsahamnida…”Wanita itu berkata
perlahan.Wajahnya jelas menunjukkan rasa
terharu yang teramat sangat dengan
pertolongan yang diberi gadis itu kepada
anaknya.Kalaulah gadis itu tidak bertindak
cepat…dia betul-betul rasa terhutang budi kepada
gadis Malaysia itu.
Hampir tercekik Yuna.Lama betul,tahulah aku
comel,nak jadikan aku menantu dia
ke?Yuna buat kesimpulan sendiri…”Madam…”
“Oh,mianhae…”Wanita itu melepaskan
pelukannya.Wajah Yuna ditatapnya lama.
Bersambung.....