Tuesday, 11 December 2012

tbpm...


            “Waaa!!!I’m free!!! Bestnya ya Allah,takde lagi pengacau hidup tu lagi…”Yuna
masih lagi tersenyum,masih tidak menyangka bahawa musuh ketatnya itu telah berhenti dari
menyambung pengajian di universiti itu.Bukan dia suka akan kesusahan orang lain tapi
kepergian lelaki itu benar-benar melegakan hatinya.
            “Wei…sudah-sudahlah tu,malu orang tengok tau…”Aina menepuk dahi.Melihat
kepada reaksi sahabatnya itu,dia benar-benar tidak menyangka bahawa berita yang
dibawakannya semalam bagaikan menjadi satu rahmat buat Yuna.Alahai…
            “Aina,nah!”Sekeping tiket diletakkan ke atas tapak tangan rakannya itu.Aina
terpinga-pinga.Apahal pulak ni?Muka dikerutkan tanda tidak faham.Yuna hanya
tersenyum,jelas benar dia terlalu gembira pada hari itu..hari yang cukup indah padanya
selama dia menjajakkan kaki ke bumi Korea itu.
            “Tiket konsert sempena Tahun Melawat Korea tulah,kan kau nak pergi
sesangat..ambiklah..”Yuna tersenyum ceria.Budak ni biar benar,gembira sangat ke sampai
nak belikan tiket konsert kat aku?
            “Kau biar betul..kau belikan untuk aku ke?”Aina pelik.Matanya dicerunkan kepada
Yuna.Memang betul-betul over exitedlah kawan aku ni…
            “Siapa kata aku belikan untuk kau?Aku tak cakap pun…”Selamba Yuna berkata.Dia
berjalan membelakangi Aina.Pemandangan di sekitar kampus nampak tenang.Hari ini
barulah dia terasa boleh bernafas sedikit,semua kelas ditunda,menambahkan lagi
kegembiraannya.Sebab itu dia santai saja melepak di bawah pohon mapel yang masih hijau
daunnya itu.
Musim luruh dan musim sejuk dah berakhir…musim yang paling digemarinya dah
berakhir,,kena tunggu tahun depanlah ni…Bibir dimuncungkan.Kecewa…Sejujurnya
dia paling suka  melihat daun-daun mapel berguguran.Cantik.Sungguh.Dia tersenyum
sendiri.Tidak menyedari tingkahnya diperhatikan Aina.
            “Woi,makcik!Apa senyum sorang-sorang tu?Makruhla…”Aina menegur.
            “Suka hatila…takde,tiket ni EunJi yang bagi kat aku.Dia tak boleh pergi sebab family
 dia kat Australia nak datang.”Yuna akhirnya memberitahu perkara yang sebenarnya,tidak
mahu berteka-teki lagi dengan sahabatnya itu.
            “Kau dah habis kelas kan?”Yuna memandang Aina.
            “Ehmm..nak balik dah ke?”
            “Ingat nak ajak kau shopping jap kat area sini.Aku nak beli barang sikit…”Yuna buat
muka kesiannya.Aina tahu dia takkan boleh menolak ajakan Yuna tu,kira terpaksa dalam
relalah ni…
            “Ehmm…bolehlah”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------SEMENTARA ITU,DI HOSPITAL
            Pemandangan yang sama tiap-tiap hari di hospital memang cukup
membosankan.Walaupun dia sudah lali dengan suasana itu namun dia memang masih tetap
membenci tempat itu,tempat dia menerima khabar buruknya,tempat yang langsung tiada
 keceriaan bagi insan sepertinya.Yang hanya ada hanyalah harapan,harapan yang semakin
terhakis dari sehari ke sehari.Itu sahaja.
            Sunghyun memandang di satu sudut.Seorang gadis sedang asyik melayan neneknya
yang uzur di atas kerusi rodanya.Menunggu giliran barangkali.Sunghyun masih memandang
ke arah mereka.Memikirkan tentang perasaan nenek tua itu.Mungkin sama sepertinya cuma
apa yang membezakan mereka hanyalah usia.Bagi orang sepertinya,hidup seakan sudah tidak
bermakna lagi..
            “Kim Sung Hyun!”Suara seorang jururawat memecahkan lamunannya.Segera dia
menuju ke bilik doktor itu.heh…bosan.
            Pintu bilik diketuk.Sunghyun masuk ke dalam terus melabuhkan punggungnya di atas
kerusi empuk di hadapan doktor itu.Dia tersenyum nipis sekadar menzahirkan rasa hormatnya
kepada doktor pertengahan usia itu.
            “Apa khabar,En.Kim?”Doktor itu mempamerkan senyuman,cara yang paling mudah
untuk menenangkan pesakit seperti di hadapannya saat ini.Selaku seorang doktor,dia cukup
faham mengenai pesakit kronik seperti lelaki itu.Sebab itulah dia cuba mempositifkan
pemikiran mereka setidak-tidaknya mengelakkan mereka dari menyerah kalah dengan
mudah.
            Sunghyun tidak menjawab.Suasana menjadi kekok seketika.Pandangannya ditala
keluar,mencari sesuatu yang boleh menceriakannya namun gagal.Akhirnya,dia terpaksa juga
berhadapan dengan ‘teman setia’nya itu..
            Doktor itu cuba mencari kata-kata yang sesuai agar tidak mengganggu emosi
pesakit.Dia menarik nafas panjang sebelum dihembuskan.Informasi yang bakal diberitahu
nanti mungkin akan sedikit-sebanyak mengganggu emosi pesakit.Oleh sebab itulah,dia perlu
berhati-hati.
            “Doktor,berterus-teranglah pada saya,apa yang sebenarnya dah jadi pada tubuh saya
ni?”Wajahnya tetap tenang,bersedia menerima apa-apa perkhabaran buruk daripada doktor
itu.Dia kini seumpama sudah pasrah dengan takdirnya saat itu,Cuma apa yang diharapkannya
saat ini adalah secebis kesempatan untuknya bertemu gadis itu..
            Doktor itu mengeluh perlahan.Tidak sampai hati sebenarnya untuk menyatakan
perkara sebenarnya namun sebagai seorang doktor,dia perlu juga berterus-terang.Wajah
pesakit di hadapannya itu direnung dalam.Nasib seseorang memang sukar diramal,sama
seperti pemuda di hadapannya saat ini.
            “Saya harap encik tidak lagi menangguh pembedahan yang sepatutnya
dijalankan.Terus-terang saya katakan penyakit encik sudah semakin serius.Jika tidak
menjalani pembedahan dengan segera,nyawa encik memang dalam bahaya,”Doktor itu
berterus-terang.
            “Jika saya tidak melakukannya, adakah saya masih punya masa lagi untuk meluahkan
apa yang saya rasa pada orang yang saya sayang?”Perlahan dia berkata namun cukup jelas
 untuk didengari doktor itu.Doktor di hadapannya mengeluh berat.Sungguh terkedu dia
apabila mendengar kata-kata itu.Soalan yang ringkas namun cukup untuk membuatnya
tergamam.Hilang punca untuk menjawabnya.
            “Tapi…”Doktor itu terdiam.Kini dia berhadapan dengan pesakit yang begitu
berlainan daripada sebelumnya.Seorang lelaki yang tenang namun terseksa dalam diam.Dia
sejujurnya sangat berminat untuk membantu lelaki itu namun dia tahu dia bukan Tuhan yang
mampu mengubah takdir…
            “Sekalipun saya menjalani pembedahan itu,keadaan masih sama..tak ada yang
berubah pun kecuali menjadi beban orang lain..”Suaranya mendatar.Namun,itu memang
kebenarannya.Penyakitnya memang kronik.Peluangnya untuk menjalani hidup normal
sekalipun selepas menjalani pembedahan itu hanya sekelumit saja.Dan dia sedar dia tidak
layak untuk terus hidup di bumi ini dan kadang-kadang dia seakan terima bahawa riwayat
hidupnya akan berhenti seawal usia 24 tahun …ringkasnya dia sudah berputus asa dengan
hidupnya sendiri.
            “Awak tak sepatutnya berfikir begitu…”Doktor itu memujuk.Sekurang-kurangnya dia
 tidak mahu lelaki itu melakukan tindakan bodoh untuk menamatkan deritanya,dia tidak
mahu..
            “Saya nak balik dulu..”
            “Tapi berkenaan dengan…”
            “Cukuplah setengah tahun untuk saya..”Sunghyun melangkah keluar.Antara buta
dan mati.Dia keliru untuk memilihnya.Pilihan yang langsung tidak memihak
kepadanya.Sunghyun mengeluh kecil…
            Keluar sahaja dari hospital itu,Sunghyun tidak terus pulang.saat ini,hatinya terasa
 sayu tiba-tiba.Tidak tahu apa puncanya,mungkin kerana sakit yang ditanggungnya,namun
 bukan itu sebabnya,hatinya kini teramat sakit.bukan kerana mengenangkan saat ini namun
apa yang membuatnya terkilan adalah perasaannya.Mencintai gadis yang tidak dapat
dikenalinya secara dekat,mencintai gadis itu untuk saat-saat terakhir hidupnya…bukan
mudah untuk dia menanggung penderitaan itu,tidak mudah.
            Kakinya terus melangkah perlahan di kaki lima,melihat-lihat gelagat orang ramai
yang masih mampu tersenyum lebar,meninjau kedai-kedai yang terletak berdekatan antara
satu sama lain.Dia tidak tahu arah perjalanannya saat itu..
            Tiba di satu sudut,matanya tertarik pada jambangan bunga mawar putih terletak elok
 di dalam sebuah pasu.Dia teringat sahabatnya dari Malaysia...
            “I love her…”Sunghyun menarik nafas panjang,buku di tangan dicampak ke
tepi,rakannya Aiman baru keluar dari biliknya,Bersolat barangkali,perlakuan yang sudah
acap kali dilihatnya.Aiman memang seorang yang taat pada agamanya…Sunghyun membuat
tafsiran sendiri.
            “So.don’t you tell her?”Aiman melabuhkan punggungnya di sebelah rakan baiknya
itu.Ternyata,pemuda itu sedang melamun panjang
            “I can’t…”
            “Don’t be regret then …”Aiman faham situsi pemuda korea itu sekarang.Selaku
seorang rakan,dia berasa bertanggungjawab untuk membantu lelaki itu sekadar termampu.
            “I don’t know what to do..”suasana senyap seketika.
            “She love white roses.”Aiman memberitahu spontan.Mahu rakannya itu faham
maksudnya.Wajah Sunghyun jelas keliru,masih tidak dapat faham maksudnya..
            “She’s really love white roses..”
            “Annyeong..nak beli bunga untuk kekasih hatikah?”Suara si penjual bunga
mematikan lamunannya terus.Dia terus mencapai sejambak mawar putih yang cantik tersusun
di dalam pasu kecil di sudut itu.
            “Saya nak ini..”

Friday, 28 September 2012


KEDIAMAN YUNA DAN RAKAN
            “Yuna, puasa dah dekat ni…dah sedia ke?”Aina bertanya tiba-tiba.Keningnya
diangkat sebelah, memandang Yuna yang sedang asyik menyapu ruang tamu kediaman
 mereka.Kerjanya menyapu dapur sudah selesai,huish!!!penat sungguh…Yelah,kemas rumah
 cuma sebulan sekali mana taknya habuk melekat di sana sini…memang rajin sungguh
mereka.Hmm..
            “Apa yang sedianya?”Yuna buat muka blur, kenape tetiba tanya macam tu?Tak
pernah-pernah dia tanya,buang tebiat ke apa?
“Yelah, nikan first time kite akan berpuasa kat negara orang.Tak rasa lain ke?”Yuna
jadi makin pelik,Eh?Budak ni salah makan ubat ke?Kenapa bunyi dah macam ustaz-
ustaz kat kampung dulu ni?Scary…
            “Kenape tetiba Tanya camtu?Tak pernah soalan sepesis camtu keluar dari mulut kau
aku rasa…”Yuna meletakkan penyapunya di sudut penjuru.Fuh…akhirnya.Usai menyapu,dia
segera ke dapur mengambil plastic hitam untuk memasukkan sampah yang bertimbun
itu.Mahu meletakkannya di luar rumah agar diambil pekerja bertanggungjawab.
            “No,just tanya je…”
            “Memanglah lain,kau nak aku sebut satu-satu ke?Ehmm…Kalau kat sini,masa
sahur,buka dah tak sama macam Malaysia.No bazaar Ramadan..huhu.Jarang dapat solat
tarawih berjamaah.Apa lagi?Ehmm..berjauhan dengan family,dah takde aktiviti-aktiviti
redah hutan cari buluh nak dibuat lemang.Buat ketupat apatah lagi…takde dah daun kelapa
melainkan mapel semata..waa..”Yuna buat muka kasihan habisan.saja nak menakutkan Aina.
            “Huisyh,dramatik betullah jawapan kau,menyesal aku tanya...”Aina berdiri dan
menuju ke arah dapur.Yuna tersenyum sendiri.
            “Dah kau tanya soalan sepesis macamtu aku jawab ajelah…”Selamba dia
menyambung.Suasana sepi seketika.Tibaa-tiba saja dia teringatkan opahnya di kampung,satu-
satunya keluarga yang dia ada setelah dia kehilangan ibu bapa dan adik-adiknya akibat satu
kemalangan 10 tahun yang lalu.Sayu pula apabila mengenangkan opahnya yang berseorangan
di kampung bersama-sama haiwan belaannya.Aina ni memang buat aku jadi sentimentallah
hari ni…
            “Kau homesick tak kat family kau?”Tiba-tiba soalan itu lancar je keluar dari
mulutnya.Heisyh!apa jenis soalan ni,Yuna?Dia bermonolog..
            “Tipulah kalau aku tak homesick,weh..Apasal kau tanya?Kau tengah homesick ke
sekarang?”Suara Aina bergema dari dapur.
            “Opah aku,semalam kitorang skype..rindulah ngan opah,rasa macam nak lari terus
balik Malaysia je sekarang..”Selesai memasukkan sampah ke dalam plastik hitam itu,dia
segera menuju ke pintu masuk untuk mengeluarkan timbunan sampah-sampah mereka
itu.Namun,sebelum sempat dia melangkah keluar,Aina menjawab,
            “Huisyh!Opah kau skype?Moden betul!”Aina menuju ku luar semula,memandang
Yuna yang mahu membuang sampah ke luar.
            “Heh!Tengoklah cucu dia…hehe”Perasaan bangga bercampur takabur dan riak mula
menguasai diri.Aina hanya menjulingkan mata.Dah mulalah tu…
            “Tapikan Yuna,cakap pasal homesick ni,kau tau tak ada student Malaysia yang dah
fly balik tau..”Aina mendaratkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu
mereka.Huh..selesa sungguh..
            Huh! What? Gila ke apa? Dahla tak cuti lagi..memang tempah mautlah beliau itu..riak
terkejut Yuna jelas kelihatan.Belum sempat Yuna bertanya.Aina terus menyambung kata-
katanya,
            “I means dia dah berhenti dari sini.Sambung kat Malaysia je..”
            “Siapakah beliau itu?”Terkeluar terus bahasa bakunya,memang tepat sekali dari sudut
Tatabahasa.
            “Aku tak taulah kalau berita ni menghappykan kau tapi kau jangan terkejut pulak
kalau aku beritahu…”Wajah Yuna diamatinya dalam,ternyata masih tak dapat mencari
makna di sebalik kata-katanya itu.Aina tersenyum kecil.
            “Siapa?Cakaplah terus-terang,bikin gue suspen je…”Yuna makin tak tahan dengan
sikap Aina itu,Cheh!Nak main-mainkan akulah tu…
            “Aiman Arif…mamat yang selalu kacau kau tu…”
            Huh!Apa?!

Thursday, 13 September 2012

semangat baru yang lama

Alkisahnya....

      Ehmm....dah beberapa hari dah brgelar mahasiswa, cewah...huhu and suasana pun tak lagi rushing sangatla, boleh pulak mikir bile nak start assignment ni macam semangat sangat pulak dah, kan?Kan? hehehe...of cozla sebab bile mula-mula masuk ni memangla semangat tu berkobar-kobar,macam tahun-tahun dulu...
      Bile masuk u ni, rse kadang-kadang cam bangga (coz tercapai cita-cita time kecik2x) tp kadang-kadang rse cam bende ni cam biase je....no need to be excited sangat..Bile di fikir-fikir balik banyak tu tnggungjawab yang jatuh tercelepuk kat bahu kite ni sebab nak tukar  life not only us but others drpd :


       kepada   

    So sebab itulah kot yang mnyebabkn budak u ni sgt dipandang tinggi oleh org kmpung...betulkan?sebab kite ni hopefully dapatla ubah lifeorang2x kampung kite sendiri tp tu dulalah kot sebab sekarang ni bnyak masalah pun datangnya dr golongan terpelajar ni jugak.Tibe-tibe teringat pesan abah, tak pe kalau tak jadi orang paling pandai dalam dunia ni tapi paling penting jadilah orang yang punya hati budi dan pekerti.
    Jadinya dan makanya, kalau nak jadi budak pandaila kan...tak payahla nak mngadap buku 25 jam sehari kalau hati kite ni masih kering dan keras...jadi, macam tahun-tahun sebelumnya, aku harap aku dapat memegang amanah dan tunaikan amanah tu dengan sebaiknya...Waaa semangatnye!!!!
     

Di Bawah Pepohon Mapel Bhg 3#

DI RUMAH

            “Waaa!!Aku malu gila ni…orang gila pun tak macam ni..”Tak ada sapaan apatah lagi
salam,tup-tup elok je anak dara seorang ni masuk ke rumah..Dengan muka masih berbaki
‘blusher’semulajadi,Yuna terus menghenyakkan punggungnya ke sofa putih berhampiran
televisyen.Beg dicampak ke tepi,kenapalah hari ni?
            Aina dan seorang lagi housemate mereka,Aisya saling berpandangan.Apa masalah dia
ni lagi?Hari-hari jiwa kacau”,heisyh,habislah,malam ni mesti kena dengar dia membebel
sampai pagi…”Aina berbisik perlahan kepada Aisya.Gadis pemalu itu hanya tersenyum.
            “Korang,boleh tak kalau aku meluahkan segala-galanya pada korang malam ni?Aku
tensionlah …”Yuna buat muka kesian..bukan dia nak menyusahkan kawan-kawannya itu tapi
 kali ni dia memang memerlukan seseorang untuk bercerita…
            Aina menaikkan kening.”Kan aku dah kata…”Dia berbisik kepada Aisya di sebelah.

            Sung Hyun memandu Hyundai Sonatanya santai.Sudah hampir setengah jam
memandu namun dia masih lagi tersenyum sendiri.Entah kenapa gadis bertudung itu yang
selalu muncul dalam mimpinya.Gelagat gadis itu benar-benar menceriakan harinya.Sudah
terlalu lama dia tidak gembira seperti itu sejak dia menerima khabar buruk tentang
penyakitnya setahun yang lepas.Dia tidak pasti sebenarnya apakah benar dia sudah jatuh hati
pada gadis Malaysia itu atau sekadar rasa terhutang budi kepadanya…
            Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya mendendangkan Shock-B2st.Siapalah
yang nak call aku ni?Kacau betullah…Dia segera mengangkat telefonnya.
            “Kim Sung Hyun!!!”Suara di hujung talian memetir.Sunghyun menjauhkan sedikit
telinganya dari Nokianya itu.Heisyh!!!Kakak aku ni,apasallah nak kalut-kalut semacam
ni?Hatinya memberontak sedikit apabila digertak begitu.
            “eonni,kenapa nak marah-marah ni?bertambah kedut tu tau…”selamba dia menegur
kakaknya itu.
            “Ada orang tu janji nak bawa kakaknya pergi lunch sama-sama tapi entah mana entah
dia hilang…”nada suara si pemanggil bertukar sarkasastik.Sengih Sunghyun mati.Baru dia
teringat yang dia sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama kakaknya itu.Dia menelan
liur.Macam manalah aku boleh lupa ni?
            “Err…mianhae eonni,terlupalah,hehe…banyak kerja ni..”Sunghyun mula mencari
alasan.Macam manalah boleh lupa ni?Dahinya ditepuk perlahan,menyesal kerana hampir
memungkiri janjinya pada kakaknya itu.
            “Ooo…tak apalah kalau macam tu..biar eonni makan sendiri…”Nada suara kakaknya
yang seolah-olah merajuk menambah rasa bersalah Sunghyun.Dia menggigit bibir.
            “Jangan macam tu eonni,kejap lagi datanglah ni…”
DI SEBUAH RESTORAN
            Sunghee memandang adik lelakinya makan.Sungguh dia sangat sedih dengan nasib
adiknya yang seorang tu.Walaupun dia tidak pernah menzahirkan rasa itu kepada adiknya
hatta dengan ibu bapa mereka sekalipun,sebagai kakak,semestinya dia memahami apa yang
 ditempuhi adiknya saat ini.Baginya,takdir sungguh kejam kepada mereka…
            “Eonni?Eonni…?”Tangannya digerak-gerakkan di depan muka kakaknya.Perasan
dengan wajah kakaknya yang sedang termenung jauh.Berangan nak kahwin ke dia ni?
            “Hah!Apa?”Lamunan Sunghee terhenti serta-merta.Wajah hairan adiknya dipandang
lama.Terasa lucu tiba-tiba apabila melihat wajah blur Sunghyun tu.Gelaknya pecah…
“hahahah…”
Eh?Apahal kakak aku ni?Wajah Sunghyun semakin blur.Setelah tawa Sunghee
berhenti,dia kembali menyuap makanannya yang tidak sempat ditelannya tadi.Suasana
senyap seketika.Beberapa minit kemudian,dia teringat sesuatu lantas beg tangannya
diseluk,mencari sesuatu.Sunghyun bertambah hairan.
            “Ehmm…nah!Ubat baru,tadi eonni singgah hospital sekejap,temankan kawan jadi
jumpa doctor yang rawat adik,dia suruh serahkan ni…”Tangannya dihulur ke depan namun
Sunghyun  tidak  segera mengambilnya.Adik lelakinya itu hanya memandang sepi tanpa
 sebarang reaksi.Walaupun dia tahu perasaan adiknya ketika itu,namun apa lagi yang dapat
dibuatnya lagi untuk membantu satu-satunya adiknya itu selain mengingatkannya untuk
memakan ubat.Sunghyun perlu sedar dia terpaksa bergantung pada ubat untuk meneruskan
hidupnya.Dia tiada pilihan lain.
            “Eonni,apa salah adik eh?Kenapa Tuhan nak hukum adik macam ni?”Wajahnya
ditundukkan ke bawah.Terasa sebak tiba-tiba.Keegoannya sebagai lelaki seakak-akan lenyap
terus.Ubat,terapi dan hospital.Itulah dunianya kini.
            Sunghee hampir menangis.Tidak pernah dia menyangka soalan itu akan keluar dari
 mulut Sunghyun.Suasana yang tadinya ceria kini bertukar suram.Tangan adiknya digenggam
erat seolah-olah mahu memberi sedikit sisa kekuatannya kepada lekaki itu.Lelaki di
hadapannya itu seolah-olah bukan lagi adik lelakinya yang dikenalinya dulu.Sudah tidak
seceria dulu,kalaupun gembira,ianya sudah tidak sama seperti dulu.Seperti sekarang,mudah
benar lelaki itu bertukar sikap.
            “Sunghyun…eonni tak berniat nak…”Sunghee terasa bersalah.Tidak sepatutnya dia
berikan ubat itu pada waktu itu.Ia hanya menambah kesedihan adiknya itu sahaja.Dada terasa
sebak tiba-tiba.Dia menarik nafas,mencari kekuatan sendiri.
            “Eonni,adik cuma ada setengah tahun sahaja lagi,kalau boleh…”Air mata hampir
jatuh,tidak berjaya disembunyikan lagi.
            “Siapa kata adik cuma ada setengah tahun saja lagi? Siapa? Semua tu
bohong…”Sedaya –upaya dia cuba menafikan kenyataan yang pahit itu.Ya,dia tidak akan
percaya pada kata-kata doktor itu,padanya,manusia tidak berhak menentukan bila seseorang
 itu mati,mereka bukan Tuhan..
            “Eonni, dengar dulu apa yang adik nak cakap ni…please…”Wajah Sunghee
ditatapnya,memohon pengertian.Cuma kali ini eonni,Cuma kali ini…