SEBULAN KEMUDIAN
“Wei Yuna!!Sejak bila kau ramai peminat ni?”Suara Aina meninggi.Milo yang baru
dihirupnya tersembur keluar.Habis comot pakaiannya.Haisyh budak ni!Tak bagi signal
langsung.Yuna tersedak.
“Mendenye yang kalut semacam ni?”Yuna terus menuju ke arah pintu masuk.Wajah
teruja Aina menimbulkan rasa ingin tahu Yuna. UFO landing depan rumah ke?Dari jauh Aina
sudah tersengih…
“Ye…apake…”Tak sempat dia meneruskan kata-katanya apabila terlihat suasana di
hadapan rumah mereka tidak ubah seperti sebuah taman bunga.Pelbagai jenis mawar cantik
tersusun di hadapannya .Tangan menutup mulut,speechless.
“huisyh, putera raja mana berkenan kat kau ni?”Suasana senyap seketika.Yuna masih
terkejut yang amat.
“Apa makna semua ni?tak faham betul aku..ehm,entah-entah pembekal bunga tersalah
hantar kot…tapi rumah kita ni ada iras kedai bunga ke?”Wajah Aina dipandang tepat.Kot-kot
dia yang hantar bagi surprise…
“Apehal pandang aku camtu?”Aina pelik.
“Jangan buat lawaklah,kau yang pesan kan,kan?” bahu rakannya itu dipukul perlahan.
“Heish,mana ada…buang tabiat ape nak hantar bunga kat kau”Aina menjulingkan
mata.Kawan aku ni..suka perasan..
Tanpa disedari,gelagat mereka diperhatikan oleh seseorang.Lelaki itu hanya
tersenyum.’she’s so beautiful….’sejak dia mendapat tahu tentang perihal penyelamatnya
itu,dia selalu memerhatikan gadis itu.Dan sejujurnya,ada suatu perasaan yang tidak dapat
ditafsirkan apabila dia bertembung dengan gadis Malaysia itu.Namun,dia tahu dia tidak
mungkin dapat menyuarakan perasaannya…tidak sama sekali.
“Weh,aku rasa ada orang perhatikan kitalah…”Yuna menjenguk keluar.Sejak tadi dia
terasa seperti sedang diperhatikan seseorang.
“Huish,mana ada?Kau aje yang perasan lebih..”Aina turut sama menjenguk.Ternyata
tiada sesiapa pun di luar.
“Perasaan aku je kot…”Yuna segera membawa masuk bunga yang entah dari mana
datangnya itu.Walaupun dia berasa hairan dengan kehadiran bunga itu namun dia,secara
jujurnya memang menyukainya.’Sekarang fikir nak letak mana…’Dia menggumam
sendiri,malas mahu melayan persoalan itu.
BIOTECHNOLOGY DEPARTMENT, UNIVERSITY OF SEOUL
Yuna masih lagi tercongok di hadapan computer ribanya,menyiapkan report yang
perlu dihantar 3 hari lagi,huru-hara dia…gara-gara sibuk membantu Aina menyiapkan
laporannya,kerjanya pula yang tertangguh.Huh….penat betul.Mulut menguap,kalau
diikutkan,sudah lama dia mahu pulang terus ke kediamannya memandangkan kelasnya pada
petang itu dibatalkan namun terpaksa juga dia menahan nafsunya itu demi assignmentnya
yang tertunggak.Nak menangis je rasa…
“Assalammualaikum sedari…”
“Wa’alaikumsalam sedara..”Mata masih melekat pada skrin komputer,masih tidak
menyedari kehadiran seorang jejaka Malaya di hadapannya.’Chop!!!tunggu sekejap,’dahi
dikerutkan.’Siapa mamat yang panggil aku ni?’Yuna segera menoleh ke belakang,sesusuk
tubuh sasa menjamah pandangan matanya.Aiman?
“Ada apa tetiba sapa aku ni?”Yuna menjulingkan matanya,tidak selesa dengan
kehadiran lelaki itu.Suka betul nak ganggu hidup aku,heish!Mainlah jauh-jauh….geramnya
aku.Wajah Yuna yang sedia masam tu dah bertambah tahap kemasamannya..
“Salah ke nak sapa…huhu,pehal muka stress semacam ni?nanti naik kedut tu
tau…”Selamba je mamat tu duduk sebelahnya menambahkan rasa sakit jiwanya.Apa
masalah dia ni?Ya Allah,berikanlah aku kesabaran…
“Tak adalah,mana ada…kan aku tengah gembira gila ni,tak nampak ke?”Amek
kau..kan dah kena.Tak nampak ke aku tengah separuh mati siapkan report ni …!!Yuna
membebel dalam hati.Sememangnya dia alergi dengan mamat tu sejak minggu orientasi
lagi,suka sangat menyakat dia.
“Cik adik manis,janganlah nak perli macam tu..sedih saya tau…”Aiman mula buat
muka ngada-ngadanya.’Huh!Ada aku kisah?’Yuna membebel dalam hati.Wajah Yuna
memerah menahan geram tetapi langsung tak diambil peduli Aiman.Secara jujurnya,entah
kenapa dia suka benar mengusik gadis itu,hehehe…
Yuna berdiri.Panas hatinya diusik begitu.Patut ke aku bunuh aje mamat
ni?Menyusahkan hidup aku je!Dahlah aku tengah tension tahap maksima ni!Tanpa
mengendahkan lelaki itu,dia segera mengemas barangnya dan berjalan pergi dari situ.
“Eh,tunggulah…”
Yuna tidak mahu mengendahkan lelaki itu,langkahnya dilajukan.Langsung dia tidak
memandang ke mana-mana,tiba-tiba…bukk!!
“Aduh!!”Kepala dipegang.Siapa yang aku langgar ni?Heisyh..sakit..Yuna
mengangkat muka.Inilah padahnya kalau berjalan tak tengok depan…Yuna..Yuna..dia
membebel lagi.Perlahan-lahan dia memandang manusia yang dilanggarnya itu.Terkedu dia
apabila merlihat susuk tubuh sasa di hadapannya elok aje berdiri begitu hampir
dengannyaAlamak!!Aku langgar lelaki ke?malunya…Yuna berundur ke
belakang,menjauhkan diri dari lelaki itu.
“Mianhae…”Selesai sahaja dia menyampaikan perutusan maaf yang tak berapa ikhlas
itu,terus je dia melngkah pergi dari situ’.Cis!kenapa lak adegan-adegan winter sonata ni boleh
muncul time ni pulak….malu betul’.Baru saja beberapa langkah dia berjalan…
“Miss!Miss!Wait….”Lelaki itu mengejarnya.Yuna terkejut.Apahal pulak ni?Nak
mintak ganti rugi ke?Ah!tak de tak de,aku tak de duit,jangan kacau hidup aku…Langkah
kakinya terus diayun laju,tidak mempedulikan panggilan lelaki Korea itu.
“Miss!!Wait for a second,please!”Masih tak diendahkan.Yuna memusingkan
kepalanya ke belakang.’Ya Allah!Kenapa mamat ni kejar aku lagi…’Nak tak nak,terpaksalah
dia berhenti.Matanya mencerun.Eh,macam pernah jumpa tapi di mana?
“Miss!Huh..huh..”Lelaki itu termengah-mengah menghirup oksigen .Gilalah
perempuan ni!Laju betul dia lari…
“Yes,what do you want?If you want money,don’t ask me,I’m poor,ok?in addition,I
had already say sorry to you..”Sekali nafas je dia berkata,bengang sebenarnya..Wajah lelaki
itu diperhatikan.Macam nak gelak je aku tengok?Cis! nak main-mainkan aku ke?Yuna
menarik muka.
Lelaki itu mengetap bibir,menahan gelak. apa yang dia mengarut ni?Tak pernah dia
jumpa perempuan segarang itu dalam hidupnya.
“Here…”Pemuda Korea itu menyerahkan sehelai kertas kepadanya.Dahi Yuna
berkerut.Nak saman aku ke?
“What’s this?”
“The report part, I think. You drop it off when we collide. I just want to give it to you
back. Is it wrong?”Lelaki itu berkata perlahan.Yuna menelan liur.Salah faham ke aku ni?Usai
menyerahkan kertas itu,lelaki Korea itu terus melangkah pergi dari situ…Serta-merta
wajahnya bertukar merah,ya Allah,malunya aku..rasa malu dan bersalah bercampur-baur.
“Err…Mr..?”Yuna melambaikan tangannya kea rah lelaki itu.Cuba menahan lelaki itu
daripada meninggalkannya.
“Ehmm…”Lelaki Korea itu menoleh ke arahnya,cuba berlagak macho..Eh,mamat
ni…perasanlah pulak…
“Mianhae…”Merah di pipi semakin menebal.Dia tertunduk malu…kenapalah aku ni
gabrah sangat?Memalukan betul…serius,tak tipu.Tak pernah dia rasa malu teramat macam
ni..”Mianhae,Mr.?”Yuna cuba bertanya nama.Sekadar ingin tahu…
“It’s okay,I’m Kim Sung Hyun..”Lelaki itu tersenyum,menampakkan lesung
pipitnya.Huisyh..,hensem tapi macam pernah nampak,kat mana ye?Yuna cuba berfikir tapi
tetap juga tak dapat dijawab..Lelaki itu kembali berjalan menjauhinya.Sumpah!Aku pernah
jumpa dia… BERSAMBUNG....