KEDIAMAN YUNA DAN RAKAN
“Yuna,
puasa dah dekat ni…dah sedia ke?”Aina bertanya tiba-tiba.Keningnya
diangkat sebelah, memandang Yuna yang
sedang asyik menyapu ruang tamu kediaman
mereka.Kerjanya menyapu dapur sudah
selesai,huish!!!penat sungguh…Yelah,kemas rumah
cuma
sebulan sekali mana taknya habuk melekat di sana sini…memang rajin sungguh
mereka.Hmm..
“Apa
yang sedianya?”Yuna buat muka blur, kenape tetiba tanya macam tu?Tak
pernah-pernah dia tanya,buang tebiat ke apa?
“Yelah, nikan first time kite akan berpuasa
kat negara orang.Tak rasa lain ke?”Yuna
jadi makin pelik,Eh?Budak ni salah makan
ubat ke?Kenapa bunyi dah macam ustaz-
ustaz kat kampung dulu ni?Scary…
“Kenape
tetiba Tanya camtu?Tak pernah soalan sepesis camtu keluar dari mulut kau
aku rasa…”Yuna meletakkan penyapunya di sudut
penjuru.Fuh…akhirnya.Usai menyapu,dia
segera ke dapur mengambil plastic hitam untuk
memasukkan sampah yang bertimbun
itu.Mahu meletakkannya di luar rumah agar diambil
pekerja bertanggungjawab.
“No,just
tanya je…”
“Memanglah
lain,kau nak aku sebut satu-satu ke?Ehmm…Kalau kat sini,masa
sahur,buka dah tak sama macam Malaysia.No bazaar
Ramadan..huhu.Jarang dapat solat
tarawih berjamaah.Apa lagi?Ehmm..berjauhan dengan
family,dah takde aktiviti-aktiviti
redah hutan cari buluh nak dibuat lemang.Buat ketupat
apatah lagi…takde dah daun kelapa
melainkan mapel semata..waa..”Yuna buat muka kasihan
habisan.saja nak menakutkan Aina.
“Huisyh,dramatik
betullah jawapan kau,menyesal aku tanya...”Aina berdiri dan
menuju ke arah dapur.Yuna tersenyum sendiri.
“Dah
kau tanya soalan sepesis macamtu aku jawab ajelah…”Selamba dia
menyambung.Suasana sepi seketika.Tibaa-tiba saja dia
teringatkan opahnya di kampung,satu-
satunya keluarga yang dia ada setelah dia kehilangan
ibu bapa dan adik-adiknya akibat satu
kemalangan 10 tahun yang lalu.Sayu pula apabila
mengenangkan opahnya yang berseorangan
di kampung bersama-sama haiwan belaannya.Aina ni memang
buat aku jadi sentimentallah
hari ni…
“Kau
homesick tak kat family kau?”Tiba-tiba soalan itu lancar je keluar dari
mulutnya.Heisyh!apa jenis soalan
ni,Yuna?Dia bermonolog..
“Tipulah
kalau aku tak homesick,weh..Apasal kau tanya?Kau tengah homesick ke
sekarang?”Suara Aina bergema dari dapur.
“Opah
aku,semalam kitorang skype..rindulah ngan opah,rasa macam nak lari terus
balik Malaysia je sekarang..”Selesai memasukkan sampah
ke dalam plastik hitam itu,dia
segera menuju ke pintu masuk untuk mengeluarkan timbunan
sampah-sampah mereka
itu.Namun,sebelum sempat dia melangkah keluar,Aina
menjawab,
“Huisyh!Opah
kau skype?Moden betul!”Aina menuju ku luar semula,memandang
Yuna yang mahu membuang sampah ke luar.
“Heh!Tengoklah
cucu dia…hehe”Perasaan bangga bercampur takabur dan riak mula
menguasai diri.Aina hanya menjulingkan mata.Dah
mulalah tu…
“Tapikan
Yuna,cakap pasal homesick ni,kau tau tak ada student Malaysia yang dah
fly balik tau..”Aina mendaratkan
punggungnya di sofa empuk di ruang tamu
mereka.Huh..selesa sungguh..
Huh!
What? Gila ke apa? Dahla tak cuti lagi..memang tempah mautlah beliau itu..riak
terkejut Yuna jelas kelihatan.Belum sempat Yuna
bertanya.Aina terus menyambung kata-
katanya,
“I
means dia dah berhenti dari sini.Sambung kat Malaysia je..”
“Siapakah
beliau itu?”Terkeluar terus bahasa bakunya,memang tepat sekali dari sudut
Tatabahasa.
“Aku
tak taulah kalau berita ni menghappykan kau tapi kau jangan terkejut pulak
kalau aku beritahu…”Wajah Yuna diamatinya
dalam,ternyata masih tak dapat mencari
makna di sebalik kata-katanya itu.Aina
tersenyum kecil.
“Siapa?Cakaplah
terus-terang,bikin gue suspen je…”Yuna makin tak tahan dengan
sikap Aina itu,Cheh!Nak main-mainkan akulah tu…
“Aiman
Arif…mamat yang selalu kacau kau tu…”
Huh!Apa?!