DI RUMAH
“Waaa!!Aku
malu gila ni…orang gila pun tak macam ni..”Tak ada sapaan apatah lagi
salam,tup-tup elok je anak dara seorang ni
masuk ke rumah..Dengan muka masih berbaki
‘blusher’semulajadi,Yuna terus
menghenyakkan punggungnya ke sofa putih berhampiran
televisyen.Beg dicampak ke tepi,kenapalah
hari ni?
Aina
dan seorang lagi housemate mereka,Aisya saling berpandangan.Apa masalah dia
ni lagi?Hari-hari jiwa kacau”,heisyh,habislah,malam ni
mesti kena dengar dia membebel
sampai pagi…”Aina berbisik perlahan kepada Aisya.Gadis
pemalu itu hanya tersenyum.
“Korang,boleh
tak kalau aku meluahkan segala-galanya pada korang malam ni?Aku
tensionlah …”Yuna buat muka kesian..bukan
dia nak menyusahkan kawan-kawannya itu tapi
kali
ni dia memang memerlukan seseorang untuk bercerita…
Aina
menaikkan kening.”Kan aku dah kata…”Dia berbisik kepada Aisya di sebelah.
Sung
Hyun memandu Hyundai Sonatanya santai.Sudah hampir setengah jam
memandu namun dia masih lagi tersenyum sendiri.Entah
kenapa gadis bertudung itu yang
selalu muncul dalam mimpinya.Gelagat gadis itu
benar-benar menceriakan harinya.Sudah
terlalu lama dia tidak gembira seperti itu sejak dia
menerima khabar buruk tentang
penyakitnya setahun yang lepas.Dia tidak pasti
sebenarnya apakah benar dia sudah jatuh hati
pada gadis Malaysia itu atau sekadar rasa terhutang
budi kepadanya…
Lamunannya
terhenti apabila telefon bimbitnya mendendangkan Shock-B2st.Siapalah
yang nak call aku ni?Kacau betullah…Dia segera
mengangkat telefonnya.
“Kim
Sung Hyun!!!”Suara di hujung talian memetir.Sunghyun menjauhkan sedikit
telinganya dari Nokianya itu.Heisyh!!!Kakak
aku ni,apasallah nak kalut-kalut semacam
ni?Hatinya memberontak sedikit apabila
digertak begitu.
“eonni,kenapa
nak marah-marah ni?bertambah kedut tu tau…”selamba dia menegur
kakaknya itu.
“Ada
orang tu janji nak bawa kakaknya pergi lunch sama-sama tapi entah mana entah
dia hilang…”nada suara si pemanggil
bertukar sarkasastik.Sengih Sunghyun mati.Baru dia
teringat yang dia sudah berjanji untuk
makan tengah hari bersama kakaknya itu.Dia menelan
liur.Macam manalah aku boleh lupa ni?
“Err…mianhae
eonni,terlupalah,hehe…banyak kerja ni..”Sunghyun mula mencari
alasan.Macam manalah boleh lupa ni?Dahinya ditepuk
perlahan,menyesal kerana hampir
memungkiri janjinya pada kakaknya itu.
“Ooo…tak
apalah kalau macam tu..biar eonni makan sendiri…”Nada suara kakaknya
yang seolah-olah merajuk menambah rasa bersalah
Sunghyun.Dia menggigit bibir.
“Jangan
macam tu eonni,kejap lagi datanglah ni…”
DI SEBUAH RESTORAN
Sunghee
memandang adik lelakinya makan.Sungguh dia sangat sedih dengan nasib
adiknya yang seorang tu.Walaupun dia tidak
pernah menzahirkan rasa itu kepada adiknya
hatta dengan ibu bapa mereka
sekalipun,sebagai kakak,semestinya dia memahami apa yang
ditempuhi
adiknya saat ini.Baginya,takdir sungguh kejam kepada mereka…
“Eonni?Eonni…?”Tangannya
digerak-gerakkan di depan muka kakaknya.Perasan
dengan wajah kakaknya yang sedang termenung
jauh.Berangan nak kahwin ke dia ni?
“Hah!Apa?”Lamunan
Sunghee terhenti serta-merta.Wajah hairan adiknya dipandang
lama.Terasa lucu tiba-tiba apabila melihat
wajah blur Sunghyun tu.Gelaknya pecah…
“hahahah…”
Eh?Apahal kakak aku ni?Wajah Sunghyun semakin
blur.Setelah tawa Sunghee
berhenti,dia kembali menyuap makanannya
yang tidak sempat ditelannya tadi.Suasana
senyap seketika.Beberapa minit kemudian,dia
teringat sesuatu lantas beg tangannya
diseluk,mencari sesuatu.Sunghyun bertambah
hairan.
“Ehmm…nah!Ubat
baru,tadi eonni singgah hospital sekejap,temankan kawan jadi
jumpa doctor yang rawat adik,dia suruh
serahkan ni…”Tangannya dihulur ke depan namun
Sunghyun
tidak segera mengambilnya.Adik
lelakinya itu hanya memandang sepi tanpa
sebarang reaksi.Walaupun dia tahu perasaan
adiknya ketika itu,namun apa lagi yang dapat
dibuatnya lagi untuk membantu satu-satunya
adiknya itu selain mengingatkannya untuk
memakan ubat.Sunghyun perlu sedar dia
terpaksa bergantung pada ubat untuk meneruskan
hidupnya.Dia tiada pilihan lain.
“Eonni,apa
salah adik eh?Kenapa Tuhan nak hukum adik macam ni?”Wajahnya
ditundukkan ke bawah.Terasa sebak tiba-tiba.Keegoannya
sebagai lelaki seakak-akan lenyap
terus.Ubat,terapi dan hospital.Itulah dunianya kini.
Sunghee
hampir menangis.Tidak pernah dia menyangka soalan itu akan keluar dari
mulut Sunghyun.Suasana yang tadinya ceria kini
bertukar suram.Tangan adiknya digenggam
erat seolah-olah mahu memberi sedikit sisa
kekuatannya kepada lekaki itu.Lelaki di
hadapannya itu seolah-olah bukan lagi adik
lelakinya yang dikenalinya dulu.Sudah tidak
seceria dulu,kalaupun gembira,ianya sudah
tidak sama seperti dulu.Seperti sekarang,mudah
benar lelaki itu bertukar sikap.
“Sunghyun…eonni
tak berniat nak…”Sunghee terasa bersalah.Tidak sepatutnya dia
berikan ubat itu pada waktu itu.Ia hanya menambah
kesedihan adiknya itu sahaja.Dada terasa
sebak tiba-tiba.Dia menarik nafas,mencari kekuatan
sendiri.
“Eonni,adik
cuma ada setengah tahun sahaja lagi,kalau boleh…”Air mata hampir
jatuh,tidak berjaya disembunyikan lagi.
“Siapa
kata adik cuma ada setengah tahun saja lagi? Siapa? Semua tu
bohong…”Sedaya –upaya dia cuba menafikan
kenyataan yang pahit itu.Ya,dia tidak akan
percaya pada kata-kata doktor
itu,padanya,manusia tidak berhak menentukan bila seseorang
itu
mati,mereka bukan Tuhan..
“Eonni,
dengar dulu apa yang adik nak cakap ni…please…”Wajah Sunghee
ditatapnya,memohon
pengertian.Cuma kali ini eonni,Cuma kali ini…
No comments:
Post a Comment